Hidup perlu di teruskan, aku tidak cenderung kepada memilih kekasih untuk waktu yang singkat tetapi aku lebih suka untuk memilih pasangan hidup untuk menemani aku sehingga ke syurga, walaupun aku tahu perkara yang aku inginkan tidak semua Allah akan kurniakan kepada aku. Masih lagi merujuk kepada Allah itu maha adil jadi tidak perlu khuatir kerana aku yakin di depan sana semestinya ada pasangan yang lebih baik dan sesuai untuk aku. Kebijaksaan manusia tidak dapat menandingi kebijaksanaan Allah. Aku berasa hairan kenapa manusia di dunia ini tidak yakin kepada Allah pemberi nikmat kepada sekian alam sedangkan mereka masih berfoya-foya mencari harta dan mementingkan dunia daripada akhirat. Kesedaran itu ada pada setiap manusia di muka bumi ini. Jangan berputus asa terus mencari kebenaran kerana masa yang Allah beri kepada kita tidak panjang.
Sunday, 23 November 2014
Perempuan Cantik
Selama aku hidup dalam dunia ini, sudah 19 tahun merasai pahit dan manis kehidupan banyak pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Ketika aku berumur 5 tahun aku bersekolah di tadika kemas di situlah aku bertemu dengan perempuan yang cantik dan aku tidak dapat lupakan sehingga sekarang. Allah maha adil, walaupun aku tidak dapat berjumpa dengan perempuan itu kerana dia sudah berpindah ke tempat yang baru aku tetap dapat melihat gambar wajahnya di dalam potret yang diambil beramai-ramai ketika mengakhiri persekolahan, dapat juga aku menghilangkan rasa rindu aku terhadap si dia.
Subscribe to:
Comments (Atom)